Teriti Ilmu & Inspirasi





Wednesday, December 02, 2015
Dua Kalimah Syahadah


Dua Kalimah Syahadah

Dua kalimah syahadah ialah ungkapan "La ilaha illa-Allah. Muhammad Ar-Rasulullah." Dengan mengucapkan ungkapan ini dan percaya kepadanya maka seseorang itu menjadi seorang Islam.  Orang yang mengucapkan dua kalimah syahadah ini tetapi tidak percaya dengannya, dia boleh termasuk dalam golongan munafik. Orang yang percaya atau beriman dengannya adalah seorang mukmin atau orang yang beriman.

Iman adalah kunci syurga. Orang yang mati tanpa iman, iaitu orang yang menganut agama selain daripada agama Islam tidak ada kunci syurga.  Jika tidak ada kunci syurga maka dia tidak dapat memasuki syurga.

Pada awal hidup seseorang muslim, imannya kecil atau rendah. Dia umpama biji yang belum tumbuh. Semasa membesar dia diajar dan belajar tentang agama.  Ini umpaya menyiran air dan menabur baja pada biji iman agar dia tumbuh dan membesar. Lagi banyak dibubuh baja lagi subur pokok. Begitu juga, lagi banyak ibadat soleh lagi subur iman di dalam dada, Sebaliknya, jika tidak diberi air dan baja pokok jadi tidak subur dan boleh mati. Jika seseorang berbuat maksiat iman boleh mengecil atau mati, seperti pokok yang disiram dengan racun. Pokok itu  terbantut pertumbuhannya atau boleh mati. Syaitan dan hawa nafsu sentiasa berusaha untuk menuangkan racun kepada iman seseorang muslim.

Ungkapan "La ilaha illa-Allah. Muhammad Ar-Rasulullah" ini bererti 'Tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah. Nabi Muhammad itu pesuruh Allah."  Semua perkara dan amalan yang Allah mahu disampaikan pada manusia Allah wahyukan kepada para Rasul. Untuk umat akhir zaman wahyu ditutunkan kapada Nabi Muhammad Salllahu alaihi wasallam. Kemudian Nabi menyampaikannya amalan dan cara mengerjakan amalan tersebut kepada umatnya. 

Apabila seseorang itu beriman kepada Allah, ini bermakna dia menafikan wujudnya yang berkuasa selain Allah, yang maha mengetahui selain Allah dan seteusnya seperti dalam asmaul husna.  Pendek kata, Allah maha berkuasa makhluk tak ada kuasa. Kuasa Allah meliputi semua perkara. Setiap sesuatu pergerakkan yang kita lakukan bergentung sepenuhnya kepada kehendak dan kuasa Allah.  Kita merasa yang kita mengangkat tangan dengan kuasa kita. Tetapi sebenarnya tangan kita itu terangkat dengan kuasa Allah dan bukan atas kuasa kita.  Buktinya seseorang yang lumpuh, dia tidak dapat menggerakkan bahagian-bahagian badannya walau dia hendak melakukannnya, Inilah yang disebut sebagai hakikat La ilaha illa-Allah.

Dengan memasukkan hakikat Allah maha Berkuasa, makhluk tak ada kuasa ke dalam hati kita, in sya Allah iman kita meningkat. Kita wajib berusaha bersungguh-sungguh sehingga kita seratus peratus yakin bahawa hanya Allah yang ada kuasa. Inilah keyakinan para Nabi dan Rasul, dan pada sahabat Nabi Muhammad Sallallhu alaihi wasallam. Para sahabat
dididik oleh Nabi untuk mendapat kan hakikat kalimah La illaha illa-Allah ini. Mereka bermujahadah dan bersusah payah berusaha bersama Nabi untuk mendapatkan hakikan. ini. Usaha mereka itu diterima Allah sehinnga mereka diberi kehormatan radiallahu anhum.

Wallahu aalam.


Posted at 11:42 am by ismad
 




Monday, October 26, 2015
Dakwah dan Tabligh


Dakwah dan Tabligh

Apa maksud dakwah dan tabligh?

Dakwah dalam Islam secara umum ditujukan kepada frasa dakwah kepada Allah, iaitu mengajak manusia kepada Allah.

Tabligh pula bererti menyampaikan, iaitu menyampaikan risalah-risalah agama kepada manusia.

Posted at 10:10 am by ismad
 




Sunday, July 05, 2015
Rindu pada Ibu


Pada tahun 2009 Hari Raya Aidilfitri jatuh pada hari Ahad 20 September. Seminggu sebelum tarikh itu ibu telah pergi buat selamanya. Kini sudah hampir enam tahun ibu pergi.

Malam ini saya terkenangkan ibu,

Ya Allah ampunilah segala dosa ibu. Tempatkanlah dia bersama-sama mereka yang Engkau beri nikmat, iaitu para Nabi, Syuhada, Solehin.

Posted at 01:15 am by ismad
 




Sunday, March 01, 2015
Potret Hati 12(3)



BAB -12 (3)
(Airis, Mariana, Saiful)

KENAPA NAK DUDUK JAUH SANGAT.  Kat situpun ada meja kosong.” Saiful menarik bangku. Kemudian dia meneliti senarai makanan yang terpampang pada papan tanda yang diletak pada bahagian atas gerai.

           “Nak cuba makan kat gerai ni pula.”  Airis duduk, muka mengadap gerai.

“Awak tak ingat ke, dulu kita dah pernah cuba, awak kata tak sedap.”  

“Awak tengok tu, tukang masak dia dah orang lain. Tukang masak yang baru ni mungkin boleh masak makanan yang sedap.”

Saiful yang duduk membelakangi gerai, berpaling dan mengamati pekerja dalam gerai itu. “Okey. Awak  nak makan apa?”

“Awak pesanlah apa-apa.”

“Eh. Awak ni. Tak kanlah saya nak biarkan awak kebulur. Saya tau yang awak tu dah  lapar macam dah tak makan tiga hari.”

“Apa susahnya. Awak pesan aje dua.”

Ya tak ya juga, Hmmm.... tak paham pula saya ni. Saiful mengakui tidak sensitifnya dia untuk membaca fikiran orang yang dia suka.

Kedatangan pelayan mamatikan perbualan. Airis membiarkan Saiful memesan makanan dan minuman.

“Awak! Masa kat sukan zon dulu tu, awak kata saya ni ada rupa Cina.”  Saya dah tanya Yana dan Miz. Dia orang pun kata macam tu juga.”

“Ayah awak Cina ke?”

“Tak. Melayu.”

“Jadi. Rupa Cina awak tu, bukan dari ayah awaklah?”

“Tak.”

“Saya dah jumpa dengan emak awak. Emak awak tak ada rupa Cina sikitpun.”

“Jadi?”

“Jadi, awak memang tak ambil rupa Cina awak tu dari emak dan ayah awak. Hmmm... ada tak emak, pak saudara awak yang berketurunan Cina.”

“Setakat yang dah dijumpai, tak.”

Senggang. Saiful mengimbas wajah Airis. Dia menghirup air panas dalam gelas kaca. Memang air itu panas.

“Apa yang awak fikir?  Awak nak kata Airis ni anak orang Cina, anak angkat, ya?”

“Awak yang cakap, saya tak. Tapi saya setuju.”

Airis hanya makan beberapa suap. Dia sudah hilang selera. Pujukan dan kata-kata minta maaf Saiful sedikitpun dia tak peduli. Sambil menunggu Saiful habis makan dia hanya merenung makanannya sendiri. Namun fikirannya sibuk mengumpul dan menapis maklumat-maklumat yang berlaku sejak dia mengenal erti sesuatu kata dan peristiwa yang berlaku di sekelilingnya.

“Airis, walaupun apa hakikat sebenar tentang diri awak, awak jangan lupa pada Allah. Minta bantuan Dia. Dia maha mengetahui segala-galanya. Dia sentiasa memelihara awak.”

“Awak! Mulai hari ini, hidup Airis takkan sama dengan hari-hari sebelum ini.”

“Airis! Saya faham perasaan awak. Walaupun awak rasa sedih dengan sangkaan yang awak tu anak angkat, tetapi awak perlu tahu yang tahu lebih awal tu lebih baik dari tahu kemudian.”

Airis mengangkat muka memandang Saiful. “Tak paham.”

“Saya kata, kalau sesuatu masalah itu diketahui lebih awal, lebih awallah juga kita dapat selesaikan.

“Okay. Tapi, apa bezanya tahu sekarang dan tahu kemudian. Kalau dah anak angkat tu, tahu sekarang ke, tahu setahun lagi ke, sepuluh tahun lagi ke, status anak angkat itu tak akan berubah.”

“Awak relaks la. Tak perlu tension. Apa pun status awak, Allah akan memelihara awak. Saya pula akan bantu awak bila-bila masa awak perlukan bantuan.  Saya harap awak tidak terbawa-bawa sangat dengan perasaan awak. Yang penting sekarang ni awak kena fokus pada ujian pertengahan semester minggu depan. Untuk dapat fokus pasa pelajaran awak kena makan. Kalau tak ada selerapun sekurang-kurangnya awakcuba makan seberapa banyak yang terdaya.”

“In-sya-Allah.” Ringkas jawapannya.  Tapi, dari riak wajahnya, tekanan sudah longgar sedikit. Tangannya yang dah rehat lama itupun sekarang sudah cuba menyudu makanan dari dalam pinggannya yang terbiar agak lama.

Saiful memerhati, gembira dengan perubahan selera Airis. “Kalau awak habiskan semua makanan awak tu, saya belanja awak lagi satu pinggan.”

“Awak ni! Kalau habis makan makanan yang ada ni pun dah kira bagus sangat.”

“Memang bagus sangat. Tak lah nanti tengah-tengah belajar, nak ajak saya makan lagi sekali. Mengadu perut lentullah, kebulurlah, macam-macamlah nanti istilah-istilah yang awak reka.”

Airis buat macam tak ada apa-apa makna cakap Fasal itu. Hatinya kuat tak mau tarik muka dua belas, walau apapun Faisal kata. Tapi tangannya yang lambat menyudu makanan dan menyuapnya, sudah cukup untuk menilai yang mood Airis masih belum normal.

Sabar Faisal layan Airis makan sampai habis. “Nak tambah?”

Airis bangun, buat tak dengar aje pelawaan kelakar Saiful. “Jom.”

“Ke mana?” Sainful turut bangun.

“Ke asrama masing-masing.”

Saiful terpinga. Tapi sebab dia tu Airis, dia setuju sahaja.


Posted at 02:40 pm by ismad
 




Thursday, February 26, 2015
Potret Hati 10(2)




BAB-10 (2)

POTRET HATI SAFIYYA ada enam jilid. Dalam dua minggu Qisya berada bersama Aiman di rumah, dia baru habis jilid dua. Tak  mungkin dia boleh habis membaca baki empat jilid dalam masa empat hari sebelum berangkat ke Sarawak. Tak mungkin Aiman boleh beri dia bawa barang yang begitu berharga ke mana mana. Kalau dia tahu kena pergi  Sarawak  secepat itu mungkin dia baca lebih cepat.

Panggilan telefon yang ditunggu sudah masuk. Qisya menekan butang terima. Usai berucap salam dan bertanya khabar, perbualanpun bermula. Mendengar bunyi telefon, Aiman keluar dari biliknya lalu duduk di sofa.

“Aiman sudah balik dari masjid?”

“Dah. Ada depan saya  ni.”

"Abang Aiman...."  Qisya menghulur telefon bimbit. "EZ."

Telefon bimbit bertukar tangan. "Assalamualaikum, AS."

"Waalaikum salam. Macam mana ikan-ikan kita."

"Kita? Bila pula kau ni ada syer dengan bisnes aku ni?"

"Kitak dalam loghat Sarawaklah, ." Gelak dia dihujung talian.

"Kalau tau tak apa. Aku bela ikan ni seorangan sahaja. Tak ada kongsi dengan sesiapa."  Senggang buat beberapa saat, perlu tenaga lebih nak cakap. "Bro, jangan panggil aku AS lagi, tau.  Nama aku Aiman Syafiq.  Panggil aku Aiman. " Geram ada juga Aiman pada EZ ni. Dah bagitau dah jangan panggil gelaran yang orang tak suka, panggil juga lagi. Dia ni nak kena. Tunggu. Kira nak balas dendamlah sekejap lagi.

EZ di hujung talian tergamam. Kalau marah sekejap lagi tak jalanlah rangcangan! Jadi Ez tak dapat nak cakap apa dalam luang masa yang singkat.

"Apahal main pas-pas handphone ni. Tak boleh call aku terus ke?"

"Ai, bunyi marah aje."

"Jawab ajelah soalan aku tu. Nanti aku off telefon ni baru kau tau."

"Okey okey..... hmmmm Qisya tak cakap ke?"  Gugup suara EZ.
 
Aiman senyum. Tak sangka pula EZ boleh gugup macam tu bila bercakap dengan dia.  Mesti ada benda luar biasa. Tambah lagi uuujj kalau benda tu ada kaitan dengan adik orang yang berlawan bercakap.

Qisya berakalih duduk, matanya terlekat pada muka Aiman. Dah tak sabar nak dengar perbualan yang seharusnya dah bermula. Dia teruskan pasang telinga.

"Dah tu, aku nak panggil kau apa? Dah biasa macam tu sejak tahun satu dulu. Takkan nak panggil abang kut?"

"Jangan nak mengada. Guna aje nama yang muami aku bagi." Suara serius,tapi senyum habisan. Dia memandang wajah Qisya. Adiknya itu pula masih macam tadi juga, menanti saat yang mencemaskan.

"Aiman... Aku ni nak bagitau yang aku dengan Qisya dah sepakat nak kawin.  Boleh?" Gugup lagi. Macam mana nak mengadap tok imam masa akad nikah nanti?

"Eh, Cakap macam tu aje?  Tak kirim kek ke dulu. Hantar sepersalinan ke dulu. Kalau datang mengadap kat sini kan lebih baik?  Bawa lah sekali benda-benda yang aku sebut tadi." Senyum dikulum rapat-rapat. Tak mau Qisya tengak dia main-mainkan EZ. Takut juga nanti senyum tu pecah jagi gelak sampai tergolek.

"Serius ke main-main." Keliru. Selalu Pet, sorry, Aiman tak macam ni.

"Kalau nak ambil alih jadi penjaga Qisya mestilah serius. Tak kanlah aku nak main angguk-angguk aje."

"Okey. Nanti aku tempah tiket." Jujur EZ ikut arahan. Sah memang dia orang berdua ni dah bercinta. Sanggup datang tanpa paksa. Tapi taklah sehebat orang dulu-dulu yang sanggup meredah lautan api kerana cinta. Apapun, baru dua tahun Aiman tinggalkan Sarawak, macam-macam dah berubah. Dulu Qisya masih mentah di tahun dua, sekarang dah buat master, dan nak bertuang pula.  Kira dah buat keputusan nak kawin la tu.

"Tak payahlah naik kapal terbang tu. Kita guna Skype aje. Skype pun macam berdepan juga kan? Dah kira boleh tengok tahap kejujuran orang yang nak meminang adik aku. Lainlah kalau tiba-tiba kau nak buat plastic surgeri."

"Serius ni, aku boleh datang bercakap depan-depan." Bunyi suara pun serius juga.

Ni meredah laut Cina Selatan namanya, tak lah sampai lautan api. Aiman senyum. Puas hati. "Beli tiket nanti kebulur pula kau kat universiti tu. Budak buat master mana ade duit. Silap-silap nanti minta adik aku belanja kau tiap hari. Buat perabis duit elaun pembantu Penyelidik adik aku aje." Aiman gelak sekuat hati.

Qisya senyum pipi ke pipi. Suka sangat.

"Ai ai bro."

"Ai ai pula dah. Sebutlah in sya Allah, untuk dapat berkat. Nak serahkan adik kesayangan pada orang lain bukannya satu benda yang mudah. Lagipun, Qisya tu satu-satunya adik perempuan aku, tau tak?" Aiman serius pada kata-kata dan pada air muka.
 
"Baik ustaz." EZ cuba kelakar.

Tapi Aiman masih serius. "Nanti bila nak Skype, SMS awal sikit. Mana tau nanti aku tengah sibuk.  Kerja sendiri tak serupa orang makan gaji. Kerja boleh tangguh-tangguh. Kalau asyik tangguh-tangguh bela ikan, alamat matilah ikan-ikan aku."

"In sya Allah." Senggang sepuluh saat. "Aiman, tolong bagi balik handpone kat Qisya, boleh tak?"

"Amboi, dah dapat gading bertuah, tanduk dah tak berguna lagi. Assalamualaikum."

"Bukan macam tu. Kredit dah nak habis. Walaikum salam."
 
Selepas dua minit telefon bimbit kat telinga Qisya, mereka pun memutuskan talian. Aimun pun beri ceramah agama pada Qisya tentang batas-batas pergaulan.  Yang dia tekankan, bertunang bukan lesen untuk buat lebih-lebih. Tambah-tambah lagi baru aje bersetuju nak bertunang. Lagilah tak boleh.

Posted at 11:03 am by ismad
 




Tuesday, February 03, 2015
Potret Hati 10(1)



BAB SEPULUH
(Aiman, Qisya dan Faez)


AIMAN DAN QISYA BERADA DI LUAR RUMAH.   Mereka membersihkan keliling rumah. Kerja di kolam hanya beri makan ikan sahaja. Itu sudah dilakukan. Jadi masa pagi selebihnya digunakan untuk mengutip sampah. Sampah dari tumbuhan dan bahan-bahan plastik serta kertas-kertas dimasukkan ke dalam beg plastik hitam.  Apa sahaja yang boleh menyebabkan pencemarkan alam dibersihkan. Apa sahaja yang boleh menakung air dilupuskan.

“Semua penduduk kena jadi warganegara yang bertangggung jawab. Semua orang kenalah peka dengan seruan pihak kerajaan untuk menjaga alam sekitar. Tak buang sampah di sana sini.” Semasa memasukkan sampah ke dalam beg plastik hitam, sempat juga Aiman meluahkan rasa geram pada sesetangah kelompok manusia.

“Qisya pun tak pahan kenapa orang buang sampah ikut suka dia orang. Merata-rata buang sampah, di atas jalan raya, di tepi jalan, di atas lantai bangunan awam. Rasa nak marah sangat apabila tengok orang-orang yang tak rasa apa-apa bila  buang
sampah tak dalam tong sampah. Patutnya simpan dulu, bila sampai tempat yang ada tong sampah, buanglah kat situ. Ikutlah sunnah Nabi : Kebersihan itu sebahagian dari iman.”

“Air-air bertakung pun kalau dibiarkan lebih enam hari, boleh  menjadi tempat pembiakan nyamuk. Macam ni ha, kenalah periksa tiga atau empat hari sekali.” Aiman membuang air yang bertakung dalam piring pasu bunga.

“Rakyat patutnya beri kerjasam mengawal penyebaran virus denggi, dengan mengawal pembiakan nyamuk aedis.  Kalau nak harapkan pihak kerajaan semata yang sembur racun nyamuk, sampai bila-bila pun masalah denggi tak selesai.” Qisya juga tidak kurang perihatinnya pada masalah nyamuk aedis dan virus demam denggi.

“Oh ya, Qis! Petang nanti abang nak pergi ke bandar. Ada kelas tiusyen kat pusat tiusyen. Nak ikut ke?”
“Kelas abang berapa jam?  Kalau lama, apa nak buat kat situ. Bandar tu kechik sangat. Tak ada apa-apa nak cari."

“Kalau macam tu duduk rumah ajelah. Boleh ulang hafalan tu.”

“Abang kerja kat situ tiga hari kan?  Berapa pusat tiusyen tu bayar?”

“Sekarang kira dapat gaji setengah bulan. Dulu abang kerja di pusat tiusyen tu tiap-tiap hari, pagi dan petang. Abang dapat seribu. Sekarang ni kerja tiga hari semiggu, orang bagi lima ratuslah. Kenapa tanya pasal gaji?”

“Macam tak cukup aje.  Abang tak nak minta ke jadi guru sandaran kat sekolah mana-mana? Mungkin gajinya lebih sikit. Nanti apabila ada buka permohonan untuk masuk ke program diploma pendidikan lepasan ijazah, KPLI, abang dah ada pengalaman mengajar.”

“Mula-mula dula abang ada mohon guru sandaran. Tapi bila dah tak ada apa-apa jawapan, abang cubalah buat kolam ikan ni. Dah seronok bela ikan, tak nak lah mengharap KPLI tu lagi dah. Kolam ikan ni abang cadang nak tambah lagi dua. Kolam ikan ni memerlukan perhatian, tenaga dan masa. Kalau dah ada empat kolam nanti, kena fikirlah pula sama ada nak berhenti kerja di pusat tiusyen tu atas kurangkan hari bekerja.”

“Qisya jangkalah, abang Aiman, bela ikan ni, pendapatan tak berapa stabil. Kita tak tau ikan tu boleh sampai tempoh nak dijual atau tidak. Kalau ada bencana, langsung tak ada sumber pendapatan.  Nak stok ikan tu semula memakan modal yang banyak.”

Senggang.  Aiman berfirkir.  Dia hadapkan mukanya menentang wajah Qisya. “Jadi, apa cadangan Qisya?”

“Abang kena ada contingency plan. Abang cari pembantu. Abang teruskan kerja di pusat tiusyen tu sampai ekonomi agak abang stabil.”

Aiman tunduk memandang tanah. Seminit kemudian matanya kembali pada wajah yang selalu memberikan inspirasi padanya. Dia menganguk. “Terima kasih Qis. Qis!  Ada bunyi telefon dalam rumah. Telefon bimbit Qis kut.”

Qisya bergegas masuk ke dalam rumah.  Sepuluh minit kemudian dia kembali, tersenyum-senyum dia sambil mendekati Aiman.

“Siapa?  Senyum senyum ni mesti ada perkara yang menyeronokkan.”

“Prof telefon. Dia suruh datang awal. Dia kata ada borang yang nak kena isi. Kalau terlepas tarikh tutup, kena tunggu

permohonan tu buka semula. Tak tahu bila.”

“Jadi, nak bertolak ke Sarawak lebih awallah?”

“Macam mana abang fikir?”

“Prof tu lebih tau. Itu kerja dia. Dia bagi tau semata-mata nak tolong pelajar, kerana Allah. Tengoklah tiket kapal terbang, kalau ada tambang murah belilah. Cek tiga-tiga, Mas, Malindo, Airasia, bandingkan yang termurah. Malam nanti solat istikharah.”

“Fasilatator motivasi kat Masjid tu macam mana?”

“Esok kita ziarah Tuan Haji Ibrahim. Insya Allah ada jalan keluar.”

Senggang. Qisya sedang berfikir.  “Abang! Lepas Prof panggil, EZ pula panggil. Dia kirim salam. Dia nak cakap dengan abang malam ni.”

“Dia tak ada nombor abang ke?”  Gurau sahaja. Dia tahu mereka ada hubungan. EZ ada bagi tau. Dia pun dah pesan pada EZ jangan buat tak senonoh dengan Qisya, sebab Qisya ada hafalan. Orang yang ada hafalan kena berkelakuan baik, dan patuh pada suruhan dan larangan Allah. EZ faham dan berjanji dengan apa yang Aiman katakan pada dia.

“Dia tak cakap.” Qisya tu yang EZ ada nmbor telefon Aiman, tetapi dia saja-saja nak jawab. Suka!

“Qis tau tak kenapa orang panggil dia EZ.”


“Enatah lah bang. Tak pernah tanya dan tak perah nak fikir.”

“Nak tau tak?”

“Nak.”

“Kan nama dia Faez. Orang selalu tulis F A I Z.  Setiap kali orang tulis nama dia, dia kena betulkan.  Kebetulah ada seorang lagi yang nama Faiz. Jadi kawan-kawan akan sebut Faez EZ, supaya tak keliru Faez atau Faiz.”

“Oh...”

Dalam pada itu kerja pembesihan pun sudah siap. Mereka masuk ke dalam  rumah. Aiman kena makan awal. Biasanya dia pergi ke pusat tiusyen jam duabelas. Sempat solat di masjid bandar sebelum memulakan kerja.


Posted at 04:43 pm by ismad
 




Sunday, January 25, 2015
Potret Hati 9(2)


Qisya bergegas masuk ke dalam rumah.  Sepuluh minit kemudian dia kembali, tersenyum-senyum dia sambil mendekati Aiman.

“Siapa?  Senyum senyum ni mesti ada perkara yang menyeronokkan.”

“Prof telefon. Dia suruh datang awal. Dia kata ada borang yang nak kena isi. Kalau terlepas tarikh tutup, kena tunggu permohonan tu buka semula. Tak tahu bila.”

“Jadi, nak bertolak ke Sarawak lebih awallah?”

“Macam mana abang fikir?”

“Prof tu lebih tau. Itu kerja dia. Dia bagi tau semata-mata nak tolong pelajar, kerana Allah. Tengoklah tiket kapal terbang, kalau ada tambang murah belilah. Cek tiga-tiga, Mas, Malindo, Airasia, bandingkan yang termurah. Malam nanti solat istikharah.”

“Fasilatator motivasi kat Masjid tu macam mana?”

“Esok kita ziarah Tuan Haji Ibrahim. Insya Allah ada jalan keluar.”

Senggang. Qisya sedang berfikir.  “Abang! Lepas Prof panggil, EZ pula panggil. Dia kirim salam. Dia nak cakap dengan abang malam ni.”

“Dia tak ada nombor abang ke?”  Gurau sahaja. Dia tahu mereka ada hubungan. EZ ada bagi tau. Dia pun dah pesan pada EZ jangan buat tak senonoh dengan Qisya, sebab Qisya ada hafalan. Orang yang ada hafalan kena berkelakuan baik, dan patuh pada suruhan dan larangan Allah. EZ faham dan berjanji dengan apa yang Aiman katakan pada dia.

“Dia tak cakap.” Qisya tu yang EZ ada nmbor telefon Aiman, tetapi dia saja-saja nak jawab. Suka!

“Qis tau tak kenapa orang panggil dia EZ.”

“Enatah lah bang. Tak pernah tanya dan tak perah nak fikir.”

“Nak tau tak?”

“Nak.”

“Kan nama dia Faez. Orang selalu tulis F A I Z.  Setiap kali orang tulis nama dia, dia kena betulkan.  Kebetulah ada seorang lagi yang nama Faiz. Jadi kawan-kawan akan sebut Faez EZ, supaya tak keliru Faez atau Faiz.”

“Oh...”

Dalam pada itu kerja pembesihan pun sudah siap. Mereka masuk ke dalam  rumah. Aiman kena makan awal. Biasanya dia pergi ke pusat tiusyen jam duabelas. Sempat solat di masjid bandar sebelum memulakan kerja.

Posted at 04:38 pm by ismad
 




Next Page
 
PROFILES & COMMENTS




Selamat Datang ke
Blog AlurIlmu




MISI MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH DI MUKA BUMI

Seruan para Nabi dan Rasul Sepanjang zaman dari Nabi Adam Alaihis Salam sehingga Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam:

Quluu, "Laa ilaaha illallah"
Katakanlah, "Tiada Tuhan selain Allah"
Say, "No God but Allah"










Disember 2008 Click untuk sambung ke penerbit Jemariseni


Ogos 2010 Click untuk sambung ke penerbit Jemariseni













   





  ENTRIES & SITE INDEX

<< December 2017 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02
03 04 05 06 07 08 09
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31




http://www.hitwebcounter.com/countersiteservices.php


Visitors Number Count

Mulai 1 Februari 2009




Site Index




My other blogs: "Purplemelastoma
Gedung Ilmu


Mawar Untuk Umi (MUU)
Ceraka sekadar hiburan


[1(1)] [1(2)] [2(1)] 2(2)] [3(1)] [3(2)] [4(1)] [4(2)] [5(1)] [5(2)] [7(1)] [7(2)] [10(1)] [10(2)] [10(3)] [10(4)] [11(1)] [11(2)] [11(3)] [12(1)] [13(1)] [13(2)] [13(3)] [14(1)] [14(2)] [15(1)] [15(3)] [15(4)] [16(1)] [Pengumuman]

Ikebana
Ceraka sekadar hiburan


[1]

Potret Hati Safiyya
Ceraka sekadar hiburan


[1 (1)] [1 (2)] [1 (3)] [2 (1)] [2 (2)] [2 (3)] [3 (1)] [3 (2)] [4 (1)] [4 (2)] [6 (1)] [6 (2)] [8 (1)] [8 (2)] [8 (3)] [9 (1)] [9 (2)] [10 (1)] [10 (2)] [12 (3)] [13 (1)] [13 (2)]

Karya Kreatif

Qisah Nabi Yusuf

Kisah Dan Teladan
Sebagai panduan



>



Panduan Menulis

Asmaul Husna

Kerohanian

Membaca Al-Quran

Ramadhan dan Ibadat Puasa

Solat

Himpunan Doa

Panduan Belajar dan Peperiksaan

Kebajikan

Motivasi

Unclassified








 

LINKS & INFORMATION


Berita Dalam Negara


Berita Luar Negara


Halaman Sastera



Jalan-jalan Cari Resipi

Resepi Masakan Di Internet




Lagu-lagu Terbaik Universiti-universiti Tempatan



UNIMAS Gemilang



Unimas Gemilang





Terciptalah Suatu Sejarah
Wujudmu di Persada Negara
Di Bumi Kenyalang Bertuah
Kebanggaan Nusa dan Bangsa







Berinovasi dan Berwawasan
Berilmu Berpandangan Jauh
Inilah Hasrat dan Harapan
Kamilah Pendukung Warisan






Teguh Terunggul Namamu

UNIMASku yang Gemilang

Dengan Penuh Keikhlasan

Kami Wargamu di Sini

Berbangga....







Berbudaya, Bersifat Sezaman
Bersatu Hati Mencurah Bakti
Jasamu, Tiada Bandingan
Kau Disanjung dan Dihormati






Wajahmu Tak Kan Kami Lupakan
Sentiasa Terpahat di Ingatan
Menjadi Lipatan Sejarah
Segar Mekar Dalam Kenangan







Teguh Terunggul Namamu

UNIMASku yang Gemilang

Dengan Penuh Keikhlasan

Kami Wargamu di Sini

Berbangga.. ...




UNIMAS Gemilang .....









UKM - Varsiti Kita







UiT M - Wawasan Setia Warga UiTM







Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




rss feed








rel=/tbody /font/font